Belanjawan 2027: Kerajaan fokus tingkat pendapatan rakyat, perluas peluang pekerjaan

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 12:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Kerajaan fokus tingkat pendapatan rakyat, perluas peluang pekerjaan

PUTRAJAYA – Fokus Belanjawan Madani 2027 akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat selain memperluas peluang pekerjaan berkualiti serta menangani cabaran kos sara hidup menerusi menerusi pendekatan bersasar dan mampan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, itu merupakan antara tiga tumpuan utama yang digariskan meliputi elemen menaikkan siling dan lantai selain memperkukuh tatakelola baik.

“Bagi menaikkan lantai, tumpuan kerajaan kekal untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat selari agenda Rancangan Malaysia ke-13 bagi memperkukuh sistem pendidikan, meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan memperkasa pembangunan modal insan.

“Kerajaan juga sentiasa memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat, memperluas peluang pekerjaan berkualiti serta menangani cabaran kos sara hidup melalui pendekatan yang bersasar dan mampan.

“Matlamat utama adalah untuk memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai dengan lebih menyeluruh oleh seluruh lapisan masyarakat,” katanya pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan di sini tadi.

Untuk maklumat, Belanjawan 2027 dijadualkan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober depan di Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Kerajaan fokus tingkat pendapatan rakyat, perluas peluang pekerjaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved