Reformasi ekonomi mungkin tidak popular, dilaksana manfaat rakyat

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 12:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Reformasi ekonomi mungkin tidak popular, dilaksana manfaat rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan mengakui usaha menstruktur semula ekonomi bukan mudah, terutama apabila dasar yang diperkenalkan tidak popular, namun langkah itu perlu dilaksanakan demi manfaat jangka panjang negara dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Ekonomi II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, langkah reformasi yang dilaksanakan ialah penyasaran subsidi elektrik sejak 2023 selain peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta pelaksanaan sistem e-Invois secara berfasa.

“Seringkali dasar yang diperkenalkan tidak popular, tetapi perlu dilaksanakan kerana manfaat jangka panjang yang lebih besar kepada negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan hari ini.

Amir berkata, program penyasaran subsidi elektrik yang ditambah baik secara berfasa terbukti tidak menjejaskan majoriti rakyat dengan 85 peratus pengguna domestik kekal dilindungi.

Katanya, langkah itu turut membantu menyokong kemampanan sektor tenaga negara, manakala peluasan skop SST menunjukkan impak positif terhadap konsolidasi hasil negara tanpa menjejaskan kuasa beli pasaran domestik, menerusi pendekatan progresif dan berasaskan prinsip keadilan sosial.

“Pelaksanaan e-Invois secara berfasa kini menjadi tunjang kepada usaha meningkatkan ketelusan ekosistem perniagaan negara.

“Sistem itu bukan bertujuan membebankan, sebaliknya membantu mengecilkan saiz ekonomi bayangan (shadow economy), meningkatkan kecekapan taksiran serta mempercepatkan tadbir urus percukaian domestik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Reformasi ekonomi mungkin tidak popular, dilaksana manfaat rakyat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved