Belanjawan 2027: Gaji hingga RM2,500 sebulan boleh tangguh bayaran balik PTPTN

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Gaji hingga RM2,500 sebulan boleh tangguh bayaran balik PTPTN

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

“Kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberi diskaun sebanyak 10 peratus.

“Kerajaan turut bersetuju memberikan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik punjaman PTPTN bagi pihak pekerja.

“Galakan ini meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen hari ini.

 

The post Belanjawan 2027: Gaji hingga RM2,500 sebulan boleh tangguh bayaran balik PTPTN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved