Belanjawan 2027: Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun Tahun Depan

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Belanjawan 2027: Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Kadar gaji minimum negara akan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027.

Kenaikan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan merapatkan jurang antara tahap produktiviti dengan pendapatan pekerja, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata pendapatan pekerja masih belum meningkat seiring dengan kenaikan harga barangan, manakala pampasan pekerja hanya merangkumi 33.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Bagaimanapun, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan jualan tahunan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum baharu itu.

“Ia bagi memberi ruang kepada mereka menyesuaikan model perniagaan masing-masing,” katanya. - Getaran, 9 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved