Belanjawan 2027: Isu doktor kontrak dinoktahkan

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Isu doktor kontrak dinoktahkan

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, isu doktor kontrak akan dinoktahkan.

Beliau berkata, sejak 2023, kerajaan Madani telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak termasuk 4,000 pada tahun ini.

“Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap.

“Bermakna selepas ini, doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen hari ini.

Anwar berkata, peruntukan Kementerian Kesihatan menokok kepada RM47.7 bilion berbanding RM46.5 bilion sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post Belanjawan 2027: Isu doktor kontrak dinoktahkan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved