Belanjawan 2027 bantu perluas pemilikan rumah, percepat transisi hijau – Sime Darby Property

9 Oct 2026 • 10:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027 bantu perluas pemilikan rumah, percepat transisi hijau – Sime Darby Property

PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad menyifatkan Belanjawan 2027 adalah pelan fiskal yang memandang ke hadapan dan juga seimbang.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, pihaknya kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan Kerajaan dalam memajukan keutamaan nasional ini, memacu pertumbuhan mampan dan memberikan nilai berpanjangan kepada seluruh pemegang taruh.

Menurut beliau, Belanjawan 2027 dapat merangsang pelaburan domestik, memperluas pemilikan rumah, dan mempercepatkan transisi hijau Malaysia.

Jelasnya,Kumpulan mengalu-alukan langkah  terhadap penyelesaian berimpak bagi memudahkan pemilikan rumah, terutamanya menerusi cadangan pengecualian duti setem.

“Pembeli rumah pertama bakal menikmati pengecualian penuh ke atas perjanjian pinjaman dan instrumen pindah milik bagi rumah berharga sehingga RM500,000.

Bagi rumah berharga sehingga RM750,000, pengecualian penuh terpakai untuk RM500,000 pertama, manakala pengecualian 50 peratus diberikan ke atas baki selebihnya,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, penyediaan jaminan pembiayaan perumahan sebanyak RM20 bilion menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bakal memberi sokongan kritikal kepada dianggarkan 80,000 pembeli rumah pertama, terutamanya golongan bekerja sendiri dan mereka yang tidak berpendapatan tetap.

Kumpulan juga melihat penyediaan elaun cukai pelaburan sehingga 100 peratus bagi syarikat yang melaksanakan projek teknologi hijau dan mampan, seperti stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), serta bagi syarikat yang membeli aset teknologi hijau yang layak untuk kegunaan sendiri, akan mempercepatkan penggunaan infrastruktur hijau secara signifikan.

“Di Sime Darby Property, di mana keutamaan tenaga dan karbon kami merangkumi usaha memperjuangkan transisi tenaga dan hartanah rendah karbon, insentif ini akan terus memangkin usaha kami dalam mengintegrasikan penyelesaian mampan dan cekap tenaga serta infrastruktur EV di seluruh perbandaran dan pembangunan komersial kami,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved