Belanjawan 2027 menyeluruh, pembangkang tiada isu bagi ulasan negatif

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 11:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027 menyeluruh, pembangkang tiada isu bagi ulasan negatif

PUTRAJAYA- Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu disifatkan sebagai menyeluruh dengan terus mengutamakan rakyat, sekali gus menyebakan pembangkang tidak mempunyai hujah kuat untuk dijadikan isu bagi memberikan ulasan terhadap bajet berkenaan.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Mashitah Mohd. Udin berkata, dengan melabelkan ia sebagai belanjawan pilihan raya, pembangkang secara tidak langsung mengiktiraf keupayaan kerajaan memberi penawar kepada rakyat terutama daripada segi kos sara hidup dan aspek pendidikan.

“Inilah yang membuatkan pembangkang tiada isu untuk memberikan ulasan negatif mengenai belanjawan tersebut, selain jumlah belanjawan naik kepada RM510 bilion berbanding RM470 bilion, tapi defisit fiskal tetap disasarkan pada 3.3 peratus berbanding 5.5 peratus pada 2022,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai ‘belanjawan pilihan raya’ dengan mempersoalkan pelaksanaan perancangan kerajaan serta isu keadilan dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen.

Awang Hashim dilaporkan berkata, beberapa pengumuman dalam belanjawan itu perlu dinilai berdasarkan keupayaan kerajaan melaksanakannya, terutama mengambil kira pencapaian peruntukan dan projek yang diumumkan pada tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, penganalisis itu berkata, Belanjawan 2027 turut melegakan lebih 103,000 atau 75 peratus kontraktor gred G1 hingga G4 daripada keseluruhan 138,000 kontraktor di seluruh negara yang akan mendapat manfaat daripada pengumuman itu apabila nilai perolehan kerajaan ditingkatkan kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion tahun ini.

Katanya, Belanjawan Madani 2027 dilihat bukan sekadar instrumen pengurusan kewangan negara, sebaliknya satu amanah dan janji antara kerajaan dengan rakyat.

“Ia yang akan menjurus kepada pendekatan menyeluruh demi memastikan ekonomi berkembang tanpa membebankan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027 menyeluruh, pembangkang tiada isu bagi ulasan negatif appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved