PH gesa sidang DUN Negeri Sembilan dilaksanakan segera

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 11:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PH gesa sidang DUN Negeri Sembilan dilaksanakan segera

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) menggesa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dilaksanakan segera bagi memastikan isu rakyat dapat dibahaskan dan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lebih teratur.

Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, pihaknya hadir ke DUN hari ini bagi menghadiri persidangan yang dijadualkan berlangsung bermula 16 hingga 22 Oktober, namun mendapati tiada persidangan diadakan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung penangguhan persidangan itu, sama ada melalui surat atau sistem E-Dewan yang masih memaparkan jadual asal sehingga pagi tadi.

Menurutnya, notis persidangan berkenaan diterima pada 18 Ogos lalu, manakala semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga telah diminta mengemukakan soalan lisan dan bertulis untuk dibahaskan dalam persidangan berkenaan.

“Kita tidak dimaklumkan berkaitan penangguhan persidangan pada hari ini. Pagi tadi saya semak di E-Dewan, masih tertera persidangan pada 16 hingga 22 Oktober 2026.

“Kita juga tidak menerima sebarang surat berkaitan penangguhan ini. Sebab itu kita hadir untuk persidangan pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Seremban hari ini.- KOSMO! ONLINE

The post PH gesa sidang DUN Negeri Sembilan dilaksanakan segera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved