
PETALING JAYA – Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi rumah sehingga RM750,000, pengecualian penuh duti setem untuk RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi bakinya.
“Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen hari ini.
Beliau berkata, ke arah sifar projek perumahan terbengkalai menjelang 2030, pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh kontraktor atau pemaju penyelamat serta pembeli asal.
“Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Pengecualian duti setem bagi pinjaman rumah pertama appeared first on Kosmo Online.





