Belanjawan 2027: Peruntukan bumiputera bakal pecah rekod

LocalPolitics
26 Sep 2026 • 3:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Peruntukan bumiputera bakal pecah rekod

SHAH ALAM – Kerajaan bakal menyediakan peruntukan tertinggi dalam sejarah bagi pembangunan bumiputera menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan Melayu serta bumiputera, termasuk menerusi agensi berkaitan.

Menurutnya, usaha tersebut bukan agenda politik serpihan, sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan memastikan kepentingan Melayu dan bumiputera terus diberi perhatian.

“Saya nak buktikan dalam Kerajaan Madani, perhatian terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, sosial, pendidikan jauh lebih tinggi daripada mana-mana pembentangan sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan peningkatan peruntukan mesti disusuli tatakelola yang lebih ketat bagi memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk manfaat rakyat.

“Apa bezanya? Bezanya saya lebih keras dalam memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan kepada agensi Melayu dan bumiputera tidak boleh dikhianati atau disakau oleh sesiapa,” katanya.

Anwar berkata, peruntukan pendidikan khususnya bagi Melayu dan bumiputera melalui UiTM turut meningkat kepada RM3.08 bilion tahun ini berbanding RM2 bilion bagi dua tahun sebelumnya.

Justeru, beliau memberi peluang kepada Persatuan Alumni UiTM memilih antara tujuh hingga 10 ahlinya untuk menilai program utama agensi bumiputera, termasuk UiTM.

Katanya, langkah itu penting bagi membolehkan pandangan dan cadangan daripada alumni digunakan untuk memperbaiki serta memperkukuh keupayaan institusi dan agensi terbabit.

“Belum pernah dalam sejarah dalam negera ini sejak merdeka, memberikan amanah secara langsung kepada mana-mana alumni dalam menilai prestasi dan peranan tersebut.

“Beri pandangan, cadangan dan saya jamin insya-Allah, kita akan berikan perhatian sebaik mungkin untuk ditingkatkan keupayaan kita,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Peruntukan bumiputera bakal pecah rekod appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved