Belanjawan 2027: PM Anwar beri bayangan peruntukan usahawan kecil bakal ditambah

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 10:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan berhasrat menambah peruntukan untuk membantu usahawan kecil menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peruntukan penting bagi bantu golongan usahawan kecil

Memetik laporan daripada Bernama, Anwar menyatakan tambahan peruntukan itu penting bagi membantu golongan berkenaan mendapatkan peralatan yang diperlukan untuk meningkatkan kapasiti serta pendapatan perniagaan mereka.

“Saya sebenarnya sangat terharu kerana mereka ini (usahawan kecil) sangat berterima kasih dengan bantuan yang kita berikan.
“Apabila mereka jumpa saya walaupun dapat bantuan kecil, ada yang dapat RM1,800 tetapi mereka sampai menangis-nangis bila jumpa saya, berterima kasih dengan saya.
“Dalam Belanjawan kita bulan depan, insya-Allah saya nak tambah peruntukan untuk usahawan kecil macam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Dewan Kompleks Persekutuan Muadzam Shah, di sini hari ini.
Image from: Belanjawan 2027: PM Anwar beri bayangan peruntukan usahawan kecil bakal ditambah

Foto: PMO

Disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan

Anwar menambah, bantuan kepada usahawan kecil tidak semestinya memerlukan peruntukan yang besar, sebaliknya perlu disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bagi membantu mengembangkan perniagaan.

“Dia (peniaga) dah buat kuih sudah 10 tahun tetapi pendapatan setakat itu sahaja sebab peralatan boleh masak setakat itu sahaja, jadi kita beli (peralatan baharu). Dia tengok dua bulan lagi berapa pendapatan dan naik pendapatannya, ahamdulillah,” ujarnya.
Image from: Belanjawan 2027: PM Anwar beri bayangan peruntukan usahawan kecil bakal ditambah

Foto: PMO

Beliau turut menegaskan proses penyaluran bantuan perlu dipermudah supaya golongan usahawan dapat menerima bantuan dengan segera tanpa perlu melalui terlalu banyak peringkat.

Sumber: Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved