Belanjawan 2027: Kerap Sebut 'Waad', Ini Maksud 8 Perkataan Unik Digunakan PM Anwar

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 10:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Belanjawan 2027: Kerap Sebut 'Waad', Ini Maksud 8 Perkataan Unik Digunakan PM Anwar

Penggunaan perkataan unik dan berunsur sastera dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menarik perhatian ramai.

Begitu juga ketika pembentangan Belanjawan 2027 apabila beliau menggunakan beberapa istilah yang mungkin jarang didengari atau digunakan dalam perbualan harian.

Antaranya termasuklah perkataan seperti 'lighad', 'mansang', 'waad' dan 'zeitgeist' yang masing-masing mempunyai maksud tersendiri.

Image from: Belanjawan 2027: Kerap Sebut 'Waad', Ini Maksud 8 Perkataan Unik Digunakan PM Anwar
Kredit: Bernama

Jadi apa sebenarnya maksud perkataan-perkataan tersebut? Jom kita lihat satu persatu.

Perkataan Unik Digunakan PM Anwar

  1. Lighad - Hari esok

  • Waad - Janji

  • Segulai sejalai - Seiring sejalan

  • Mansang - Mari, pergi, semakin atau maju

  • Dasawarsa - Tempoh 10 tahun atau satu dekad

  • Pranata - Institusi, sistem atau aturan

  • Inayat - Pertolongan, bantuan atau pemberian (daripada Allah SWT)

  • Zeitgeist - Semangat zaman (bahasa Jerman)

  • Menerusi pembentangan yang diadakan di Parlimen itu, Anwar mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat.

    Kerajaan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif tahun depan termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir RM3.3 bilion.

    Antara yang menjadi tumpuan ialah pemberian SARA one-off RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang Merdeka.

    Baca juga:

    Selain itu, Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak turut diumumkan.

    Manakala RM750 diberikan kepada lebih 1 juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved