Belanjawan 2027: PM setuju luluskan elaun Tingkatan Enam

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: PM setuju luluskan elaun Tingkatan Enam
Anwar menyampaikan ucapan pada Program Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun pada Jumaat. Foto: Bernama

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan akan meluluskan peruntukan dan elaun bagi pelajar Tingkatan Enam menerusi Belanjawan yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan berkenaan sebagai usaha membantu pelajar terbabit.

"Saya katakan, dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima ada elaun. Pelajar universiti juga ada elaun. Tetapi pelajar Tingkatan Enam, iaitu prauniversiti, tidak menerima elaun.

“Jadi, saya telah umumkan bahawa dalam Belanjawan kita pada Oktober ini, saya akan meluluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar Tingkatan Enam,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Bagaimanapun, Anwar berkata jumlah elaun berkenaan masih belum ditentukan dan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Menurut beliau, langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti serta memastikan tiada pelajar terpinggir hanya disebabkan latar belakang sosioekonomi mereka.

Terdahulu, Fadhlina dalam ucapannya berkata cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam merupakan antara 12 resolusi yang dibangkitkan pada Kongres Prauniversiti Madani yang berlangsung di Klang.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menerima kesemua resolusi yang dikemukakan perwakilan pelajar dan akan menelitinya untuk ditambah baik, selain mencari jalan bagi memastikan cadangan berkenaan dapat dilaksanakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved