PM umum elaun Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 6:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM umum elaun Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju meluluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar Tingkatan Enam seluruh negara yang akan diumumkan menerusi Belanjawan 2027, pada Oktober ini.

Beliau berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira keperluan serta kebajikan pelajar berkenaan sebagai kumpulan pendidikan prauniversiti.

“Saya telah umumkan bahawa dalam Belanjawan kita pada bulan Oktober, saya akan luluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan perlu memastikan setiap pengumuman berkaitan peruntukan mengambil kira kemampuan kewangan negara bagi membolehkan pelaksanaannya dibuat dengan baik.

“Orang tanya mengenai peruntukan. Saya di mana-mana saya beritahu, di bawah Kerajaan Madani, peruntukan terbesar dalam belanjawan adalah untuk bidang pendidikan.

“Itulah yang paling tinggi kerana kita fikir tentang masa depan. Adakah sudah cukup? Belum, masih belum cukup,” katanya.

Anwar berkata, peruntukan pendidikan merupakan antara keutamaan kerajaan selain sektor pertahanan, kesihatan, keselamatan, kebajikan masyarakat, sosial, sains dan penyelidikan.

“Kita kena tengok kemampuan kerajaan. Bukan sekadar membuat pengumuman, tetapi kita perlu pastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik.

“Saya mahu pastikan pendidikan kita terus diberi keutamaan dan mencapai kecemerlangan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

The post PM umum elaun Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved