
PETALING JAYA: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi kediaman berharga sehingga RM750,000 pula, pengecualian penuh duti setem diberikan untuk RM500,000 pertama, manakala baki selebihnya menikmati pengecualian sebanyak 50 peratus.
“Inisiatif berkenaan terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan bermula 1 Januari 2027 sehingga 31 Disember 2030 bagi meringankan beban kewangan pembeli rumah pertama,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari hari ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata, bagi mencapai sasaran sifar projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030, kerajaan turut bersetuju memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman serta surat cara pindah milik.
Katanya, pengecualian penuh tersebut diberikan khusus kepada kontraktor atau pemaju penyelamat dan juga pembeli asal yang terjejas, berkuat kuasa bagi tempoh yang sama iaitu dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. – UTUSAN
The post Pengecualian penuh duti setem pembelian rumah pertama bernilai RM500,000 appeared first on Utusan Malaysia.





