Belanjawan 2027: RM200 juta pendekkan tempoh menunggu pesakit

LocalHealth & Fitness
9 Oct 2026 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: RM200 juta pendekkan tempoh menunggu pesakit
Peruntukan RM200 juta bagi mengurangkan tempoh pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan. Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan meningkatkan peruntukan bagi program penyumberan luar pesakit kepada hospital lain kepada RM200 juta bagi mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skop kerjasama itu akan diperluas merangkumi penggunaan fasiliti kesihatan swasta, termasuk dewan bedah oleh sektor awam.

Menurutnya, kerajaan turut memperkenalkan aturan lebih anjal bagi pelantikan secara sessional membabitkan pakar kerajaan yang bersara dan pakar swasta, termasuk meningkatkan tempoh maksimum pelantikan berkenaan.

“Bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit mendapatkan rawatan, peruntukan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar berkata, peluasan kerjasama berkenaan merupakan antara pendekatan untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan dan membantu pesakit mendapatkan rawatan dalam tempoh lebih singkat.

Selain itu, skop program berkenaan turut diperluas meliputi saringan bayi baru lahir yang lebih menyeluruh (Expanded Newborn Screening), ujian genetik pranatal (Prenatal Genetic Testing) serta perkhidmatan rehabilitasi.

Langkah itu dijangka memperluas akses kepada beberapa perkhidmatan kesihatan, selain memberi lebih banyak pilihan bagi memenuhi keperluan rawatan pesakit.

Pengumuman berkenaan merupakan antara langkah yang digariskan dalam Belanjawan 2027 bagi menangani isu tempoh menunggu dan meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved