KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian menerusi Belanjawan 2027, dengan tumpuan meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran golongan muda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan ialah penyediaan tiga juta peluang latihan kemahiran oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menerusi dana berjumlah RM3 bilion.
Menurutnya, latihan itu turut merangkumi pembangunan profesional berterusan dalam kalangan golongan profesional bagi meningkatkan kemahiran serta keupayaan mereka memenuhi keperluan pasaran kerja.
“Peruntukan TVET rentas kementerian berjumlah RM8 bilion dengan tumpuan Kerajaan adalah untuk meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran dalam kalangan anak muda,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL






