Belanjawan 2027: Subsidi, disiplin fiskal jadi tumpuan

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Subsidi, disiplin fiskal jadi tumpuan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan reformasi ekonomi dan disiplin fiskal menerusi Belanjawan Madani Kelima dengan memastikan hasil pertumbuhan serta penjimatan kerajaan disalurkan semula kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai reformasi yang dilaksanakan sejak hampir empat tahun lalu menerusi Kerangka Ekonomi Madani mula memperlihatkan hasil, termasuk penyasaran subsidi, pengukuhan kewangan awam dan pelaksanaan dasar bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut beliau, antara dasar yang diperkenalkan ialah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35).

"Hanya Kerajaan MADANI punyai tekad menyasarkan subsidi kerana subsidi ialah keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar.

"Hakikatnya, BUDI MADANI ialah kejayaan negara yang menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk rakyat.

"Kesannya: wang subsidi minyak yang selama ini tiris telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat iaitu RM8 bilion pada tahun 2022 kepada kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM15 bilion pada tahun ini.

"Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved