Belanjawan 2027: Walaupun kenaikan kecil, KKDW akan terus perkukuh pembangunan desa - Ahmad Zahid

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 7:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Walaupun kenaikan kecil, KKDW akan terus perkukuh pembangunan desa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Belanjawan 2027 mencatatkan peningkatan kecil.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menghargai peruntukan berkenaan dan memahami kedudukan kewangan negara ketika ini.

"Saya fikir perkara yang penting adalah melaksanakan program-program yang memberikan impak tinggi kepada kumpulan sasaran KKDW," katanya dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2027, di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Menerusi Belanjawan 2027 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, KKDW menerima peruntukan sebanyak RM12.68 bilion, meningkat 2.27 peratus (RM281.08 juta) berbanding tahun 2026 iaitu RM12.40 bilion.

Jumlah tersebut merangkumi peruntukan mengurus berjumlah RM4.85 bilion, meningkat sebabyak 5.14 peratus (RM236.98 juta) dan RM7.833 bilion untuk peruntukan pembangunan, meningkat 0.57 peratus atau RM44.1 juta.

Belanjawan 2027 merupakan belanjawan kelima di bawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Anwar dan yang kedua dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Kerajaan meneruskan tiga tonggak Ekonomi Madani, iaitu menaikkan siling pertumbuhan ekonomi, menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta memacu pembaharuan tatakelola pentadbiran negara.

Sebanyak 10 fokus utama digariskan merangkumi usaha merapatkan jurang wilayah, menangani kos sara hidup menerusi bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Budi Madani serta memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja gig dan persediaan menuju status negara menua menjelang 2030.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved