Belanjawan beri perhatian kepada PMKS – Amir Hamzah

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 5:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan beri perhatian kepada PMKS – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi langkah dan inisiatif yang bersesuaian dalam Belanjawan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, PMKS merupakan antara tulang belakang ekonomi negara dan memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara menyeluruh.

Menurutnya, kerajaan ketika ini sedang menilai pelbagai cadangan yang diterima bagi mengenal pasti inisiatif terbaik untuk membantu merancakkan lagi perniagaan PMKS

“Kita sedang berusaha melihat inisiatif-inisiatif yang sepatutnya dapat membantu merancakkan perniagaan PMKS.

“Kita juga menerima pelbagai cadangan daripada agensi dan kementerian, selain mengadakan sesi libat urus bersama NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Karnival BSN Mikro MADANI di Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN), hari ini.

Amir Hamzah berkata, semua cadangan yang diterima akan dinilai sebelum kerajaan menentukan langkah yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam Belanjawan.

“Yang penting sekarang, kita perlu menilai cadangan yang diterima dan melihat apa yang boleh dilaksanakan dalam Belanjawan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan mahu memastikan perkembangan ekonomi negara turut memberi manfaat kepada PMKS di seluruh negara.

“Apa yang kita mahu usahakan ialah memastikan limpahan daripada perkembangan KDNK negara turut sampai ke semua pelosok negara dan mencakupi PMKS,” katanya.

Beliau berkata, usaha memperkukuh PMKS penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat diterjemahkan kepada lebih banyak peluang perniagaan dan sumber pendapatan kepada rakyat.- KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan beri perhatian kepada PMKS – Amir Hamzah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved