Tiada pengusiran peniaga Kampung Wai

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 4:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada pengusiran peniaga Kampung Wai

KANGAR – Kerajaan negeri menafikan berlaku pengusiran atau perobohan gerai membabitkan peniaga di Kampung Wai, Kuala Perlis seperti yang didakwa, sebelum ini.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, peniaga terbabit hanya diminta berpindah sementara atas faktor keselamatan dan keselesaan selain memberi laluan kepada persiapan Pesta Air Antarabangsa Perlis 2026.

“Apa yang penting, tiada sebarang penganiayaan kepada peniaga dan tiada perobohan yang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya sekadar menasihati dan berbincang.

“Peniaga yang berniaga di tebing sungai cuba kita alihkan ke kawasan lebih selesa atas faktor keselamatan selain bagi memberi laluan kepada Pesta Air Antarabangsa Perlis,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, JPS sebelum ini turut mengadakan perbincangan bersama 33 peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil pertemuan bersama peniaga pada semalam berjaya menyelesaikan beberapa perkara berbangkit selain kerajaan negeri sedang berusaha menyediakan kemudahan lebih lengkap dan tersusun.

Beliau berkata, peniaga juga akan diminta menandatangani perjanjian berkaitan pematuhan aspek keselamatan memandangkan tapak sedia ada masih belum mempunyai fasiliti kekal yang sempurna. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada pengusiran peniaga Kampung Wai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved