PM ucap takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 6:54 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM ucap takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibu tercinta, Mariam Kassim.

Menerusi hantaran di X, Anwar berkata beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendoakan agar Hamzah serta seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan tersebut.

“Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya serta diberikan tempat yang istimewa oleh-Nya. Al-Fatihah,” katanya.

Mariam meninggal dunia pada usia 90 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang. – BERNAMA

The post PM ucap takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved