Belanjawan Johor: Berita baik untuk Orang Asli

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 4:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan Johor: Berita baik untuk Orang Asli

KLUANG – Masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima berita baik menerusi Belanjawan Johor yang akan dibentangkan tidak lama lagi, khususnya dalam aspek pendidikan, perumahan dan kebajikan.

Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pembangunan Masyarakat Orang Asli, Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Marina Ibrahim berkata, bagaimanapun usaha untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan masyarakat Orang Asli bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam tempoh singkat.

Menurutnya, dengan komitmen kerajaan negeri serta kerjasama daripada masyarakat Orang Asli sendiri, pelbagai perancangan yang bakal dilaksanakan diyakini dapat direalisasikan dengan baik.

“Saya percaya masyarakat Orang Asli yang ada sekarang ini bukan seperti dahulu. Mereka mahukan perubahan dan suara mereka didengari dan ia sebenarnya sangat penting untuk diangkat.

“Dalam belanjawan tahun lalu, sebanyak RM6.8 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri untuk masyarakat Orang Asli. Insya-Allah tahun ini kita lihat apa peningkatan dan pembaharuan yang akan diberikan kepada mereka,” katanya selepas menghadiri program pelepasan benih ikan di Sungai Sembrong, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kahang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan Johor: Berita baik untuk Orang Asli appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved