Nak pindah kelayakan Budi Diesel kepada ahli keluarga? Ada berita baik untuk pemilik kenderaan diesel!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru sahaja mengumumkan sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 bahawa kemudahan pemindahan kelayakan BUDI Diesel kini diperluas secara serta-merta. Inisiatif ini tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat, malah kini dibuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut, termasuk bagi kes kenderaan “sambung bayar”.
Menurut Kementerian Kewangan, bantuan ini tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat seperti sebelum ini.
Sebaik sahaja permohonan diluluskan, penerima baharu tersebut akan mendapat kuota bulanan sendiri untuk membeli diesel bersubsidi, petrol RON95 bersubsidi, atau gabungan kedua-dua jenis bahan api berkenaan.
Sebelum membuat permohonan, semak dahulu cara dan syarat pemindahan kelayakan yang perlu dipatuhi.
Baca juga: Berapa Kelayakan Kuota Subsidi Diesel Guna MyKad?
Apakah Maksud Pemindahan Kelayakan Budi Diesel?
Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel adalah kemudahan daripada kerajaan yang membolehkan pemilik berdaftar kenderaan diesel menyerahkan hak atau kuota subsidi minyak mereka kepada individu lain yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut.
Berdasarkan kemas kini rasmi bertarikh 17 September 2026, insentif ini telah ditambah baik agar tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja, sebaliknya terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang layak termasuk bagi kes kenderaan “sambung bayar”.
Melalui peraturan baharu ini, pemilik yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan dibenarkan memindahkan kelayakan bagi setiap kenderaan tersebut kepada maksimum 3 kenderaan berbeza secara serta-merta, bagi membolehkan penerima menikmati kuota bantuan bulanan untuk pembelian bahan api bersubsidi menerusi Portal BUDI MADANI.
Rujuk siaran media Kementerian Kewangan di bawah:



Siapa Layak Pindahkan Kelayakan Budi Diesel?
Berdasarkan pengumuman terbaru daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) sempena Hari Malaysia, syarat kelayakan untuk membuat pemindahan ini dibahagikan kepada dua pihak, iaitu Pemilik Asal (yang memindahkan) dan Penerima (pengguna sebenar kenderaan).
1. Syarat untuk Pemilik Asal (Yang Memindahkan)
- Permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel hendaklah dikemukakan oleh penerima asal kelayakan BUDI Diesel, iaitu pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian individu yang telah memenuhi syarat kelayakan BUDI Diesel berikut:
- Memiliki lesen memandu aktif bagi kelas dan jenis yang dibenarkan;
- Memegang Kad Pengenalan (MyKad) yang sah;
- Memiliki kenderaan diesel persendirian individu berdaftar atas nama sendiri; dan
- Kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang aktif.
- Pemilik berdaftar yang memiliki lebih daripada satu (1) kenderaan diesel persendirian individu boleh memindahkan kelayakan BUDI Diesel mereka berdasarkan jumlah kenderaan diesel persendirian individu yang dimilikinya, tertakluk kepada had maksimum tiga (3) individu, tidak termasuk pemilik berdaftar asal kenderaan itu sendiri. Ini menjadikan kelayakan pengguna diesel adalah sehingga empat (4) individu iaitu pemilik berdaftar tersebut dan tiga (3) orang individu lain.
2. Syarat untuk Penerima (Pengguna Sebenar Kenderaan)
Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel boleh dibuat kepada individu yang merupaka warganegara Malaysia, pemegang MyKad yang sah dan layak menerima BUDI95.
Pemilik berdaftar hendaklah mengesahkan bahawa individu yang ditetapkan merupakan pengguna sebenar kenderaan dan bersetuju supaya akses pembelian diesel bersubsidi bagi kenderaan tersebut dipindahkan kepada individu berkenaan
Pemindahan kelayakan hanya dibenarkan sekali sahaja, bagi setiap kenderaan yang ditetapkan dan kelayakan yang diterima melalui pemindahan tidak boleh dipindahkan semula kepada individu lain.
Permohonan kini boleh dikemukakan secara dalam talian melalui Portal Rasmi BUDI MADANI.

Cara Pindah Kelayakan Budi Diesel Secara Online
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI.
Langkah-langkahnya ialah:
- Log masuk ke portal www.budimadani.gov.my
- Pilih menu Permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel
- Lengkapkan maklumat penerima
- Hantar permohonan untuk diproses

Baca juga: Cara Semakan Kelayakan, Kuota Subsidi Diesel BUDI Julai 2026
Kesan Pemindahan
Pemindahan kelayakan BUDI Diesel membolehkan penerima yang diluluskan untuk menggunakan MyKad masing-masing bagi membeli diesel bersubsidi berdasarkan jenis kenderaan diesel yang ditetapkan oleh pemilik berdaftar.
Pemindahan ini terbahagi kepada dua (2) keadaan berikut:
i. pemindahan hanya melibatkan fungsi membeli diesel bersubsidi dengan kelayakan liter yang sama; atau
ii. pemindahan melibatkan fungsi membeli diesel bersubsidi dan kelayakan tambahan 100 liter, sekiranya pemilik asal memindahkan kelayakan bagi kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pick-up yang layak.
Ini bermakna kelayakan liter bulanan penerima adalah berdasarkan jenis kenderaan yang ditetapkan kepadanya, termasuk kelayakan tambahan 100 liter sekiranya kenderaan tersebut merupakan jenis jip atau pick-up yang layak.
Pemilik berdaftar yang memiliki lebih daripada satu (1) kenderaan diesel persendirian individu boleh memindahkan kelayakan BUDI Diesel mereka berdasarkan jumlah kenderaan diesel persendirian individu yang dimilikinya, tertakluk kepada had maksimum tiga (3) individu, tidak termasuk pemilik berdaftar asal kenderaan itu sendiri.
Ini menjadikan kelayakan pengguna diesel adalah sehingga empat (4) individu iaitu pemilik berdaftar tersebut dan tiga (3) orang individu lain.
Pemilik berdaftar yang mengemukakan permohonan baharu dan masih mempunyai kenderaan diesel yang tidak dipindahkan akan terus menikmati kelayakan BUDI Diesel bagi kenderaan tersebut secara automatik.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan
Semasa membuat permohonan, pemohon perlu menyediakan maklumat berikut bagi kedua-dua pihak:
- Nama penuh
- Nombor MyKad
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
- Nombor telefon
- Status kelayakan BUDI MADANI
Menurut Kementerian Kewangan, dokumen sokongan tidak diperlukan kerana semakan dibuat secara automatik melalui pengesahan dengan agensi berkaitan.
Kelayakan Tambahan 100 Liter Turut Dipindahkan
Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pikap yang layak menerima tambahan 100 liter sebulan, kelayakan tersebut akan dipindahkan bersama-sama kelayakan BUDI Diesel.
Ini bermakna penerima baharu akan menikmati keseluruhan kuota diesel yang sebelum ini dimiliki oleh pemilik asal.
Tarikh Penting Permohonan
Berikut ialah tarikh-tarikh penting yang anda perlu ambil tahu:
- 16 September 2026: Permohonan di bawah syarat baharu mula dibuka (secara dalam talian, di kaunter LHDNM, atau melalui bantuan stesen minyak).
- 27 Hari Bulan (Setiap Bulan): Tarikh akhir hantaran permohonan untuk membolehkan subsidi minyak digunakan pada 1 hari bulan berikutnya.
- 27 September 2026: Tarikh tutup permohonan bulan pertama untuk kelayakan bermula 1 Oktober 2026.
- 15 September 2026: Semua permohonan lama yang masih belum selesai diproses (belum lulus) setakat tarikh ini telah dibatalkan/dikembalikan, dan pemohon perlu memohon semula di bawah sistem baharu.
Perkara Penting Sebelum Membuat Pemindahan Kelayakan
Terdapat beberapa syarat penting yang perlu diberi perhatian sebelum membuat permohonan.
Antaranya:
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja.
- Pemindahan adalah sehala.
- Kelayakan yang telah dipindahkan tidak boleh dipindahkan semula kepada pemilik asal.
- Penerima juga tidak boleh memindahkan kelayakan tersebut kepada individu lain.
Oleh itu, pemohon dinasihatkan memastikan individu yang dipilih benar-benar sesuai sebelum menghantar permohonan.

Bilakah Pemindahan Boleh Dibatalkan?
Secara umum, pemindahan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan dalam keadaan tertentu seperti:
- Kematian penerima.
- Perceraian yang diiktiraf secara sah.
Dalam situasi ini, pemohon perlu menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI untuk tindakan lanjut.
Apa Berlaku Jika Pemilik Asal Menjual Kenderaan?
Kelayakan BUDI Diesel bergantung kepada status pemilik asal sebagai pemilik berdaftar kenderaan diesel yang layak.
Sekiranya pemilik asal:
- menjual kenderaan,
- menukar hak milik,
- menukar kepada kenderaan petrol,
- atau cukai jalan tamat tempoh,
..maka kelayakan BUDI Diesel akan terbatal secara automatik. Ini termasuk kelayakan yang telah dipindahkan kepada ahli keluarga.
Bagaimana Jika Kenderaan Diesel Masih Didaftarkan Atas Nama Orang Lain?
Bagi individu yang memandu kenderaan diesel tetapi hak miliknya masih didaftarkan atas nama orang lain yang bukan ahli keluarga terdekat, pemindahan kelayakan BUDI Diesel tidak boleh dilakukan. Ini kerana pemindahan hanya dibenarkan kepada pasangan, ibu atau bapa, anak serta adik-beradik yang layak menerima BUDI95.
Dalam situasi ini, pemilik kenderaan disarankan untuk menukar hak milik kenderaan terlebih dahulu bagi memenuhi syarat kelayakan BUDI Diesel. Antara syarat asas yang perlu dipenuhi ialah:
- Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) masih aktif.
- Warganegara Malaysia dan memiliki MyKad yang sah.
- Mempunyai lesen memandu yang sah.
- Memiliki kenderaan diesel.
- Kenderaan didaftarkan atas nama sendiri.

Kerajaan Kecualikan Fi Tukar Hak Milik Kenderaan Diesel
Bagi memudahkan proses tersebut, kerajaan turut mengumumkan pengecualian Fi Tukar Hak Milik (THM) bagi kenderaan diesel.
Pengecualian ini diberikan bermula 1 Julai hingga 30 September 2026, sekali gus mengurangkan kos kepada pemilik yang ingin menukar hak milik kenderaan bagi melayakkan diri memohon BUDI Diesel.

JPJ Buka Kaunter Hujung Minggu Untuk Urusan Tukar Hak Milik
Bagi membantu orang ramai membuat urusan tukar hak milik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter khas pada hujung minggu di semua JPJ negeri dan JPJ UTC negeri.
Butiran operasi adalah seperti berikut:
- Tarikh: 4 Julai hingga 26 Julai 2026
- Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Lokasi: Semua JPJ Negeri dan JPJ UTC Negeri
Langkah ini diambil bagi memudahkan pemilik kenderaan menyelesaikan urusan tukar hak milik dalam tempoh pengecualian fi yang diberikan kerajaan.

Soalan Lazim Cara Pindah Kelayakan Budi Diesel
Siapakah yang layak memohon Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel?Permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel hendaklah dikemukakan oleh penerima asal kelayakan BUDI Diesel, iaitu pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian individu yang telah memenuhi syarat kelayakan BUDI Diesel berikut:
i. Memiliki lesen memandu aktif bagi kelas dan jenis yang dibenarkan;
ii. Memegang Kad Pengenalan (MyKad) yang sah;
iii. Memiliki kenderaan diesel persendirian individu berdaftar atas nama sendiri; dan
iv. Kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang aktif.
Pemindahan kelayakan BUDI Diesel layak dilakukan oleh pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian kepada maksimum tiga individu yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut. Penerima mestilah warganegara Malaysia yang layak menerima BUDI95, tanpa perlu ada hubungan ahli keluarga terdekat dengan pemilik asal.
Apakah kesan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel terhadap liter kelayakan bulanan?Pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada ahli keluarga membolehkan penerima yang diluluskan untuk menggunakan MyKad masing-masing bagi membeli diesel bersubsidi berdasarkan kelayakan BUDI Diesel pemilik asal iaitu terbahagi kepada dua (2) keadaan berikut:
i. pemindahan hanya melibatkan fungsi membeli diesel bersubsidi dengan kelayakan liter yang sama; atau
ii. pemindahan melibatkan fungsi membeli diesel bersubsidi dan kelayakan tambahan 100 liter, sekiranya pemilik asal merupakan pemilik kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pick-up yang layak.
Ini bermakna, kelayakan liter bulanan penerima bergantung kepada kelayakan pemilik asal. Selain itu, pemilik asal yang telah memindahkan kelayakan BUDI Diesel tidak lagi boleh menggunakan fungsi membeli diesel bersubsidi dan tidak lagi menerima kelayakan tambahan 100 liter yang telah dipindahkan.
Individu penerima tidak boleh mengemukakan permohonan kelayakan tambahan BUDI MADANI secara berasingan.
Kelayakan liter tambahan hanya boleh dipindahkan bersama fungsi membeli diesel bersubsidi sekiranya pemilik asal telah memohon dan memenuhi kriteria kelayakan
bagi kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pick-up yang layak.
Penerima asal kelayakan BUDI Diesel hendaklah mengemukakan permohonan melalui www.budimadani.gov.my dan mengemukakan maklumat berikut bagi penerima asal dan individu yang akan menerima kelayakan:
i. Nama dan Nombor Kad Pengenalan (MyKad);
ii. Nombor Pengenalan Cukai (TIN);
iii. Nombor telefon yang boleh dihubungi; dan
iv. Status kelayakan BUDI MADANI.
Tiada dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan ini. Pelaksanaan semakan kelayakan tertakluk kepada pengesahan, kemas kini dan semak silang data dengan agensi-agensi berkaitan.
Semakan status permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel boleh dibuat melalui portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my. Pemprosesan permohonan akan dibuat secara bulanan dan pemindahan kelayakan yang diluluskan akan dikemas kini dan dipaparkan mulai 1 hari bulan berikutnya, tertakluk kepada, pemprosesan dan pengemaskinian permohonan yang dikemukakan selewat-lewatnya 27 hari bulan pada bulan sebelumnya.
Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI di 1300-88-9595, WhatsApp di +603-26314595 atau e-mel di tanya@budimadani.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Rujuk soalan lazim tentang pemindahan kelayakan Budi Diesel di sini:














