Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion dalam Belanjawan 2027 bagi melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, sejumlah RM1.9 bilion bersamaan 57.6 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM1.4 bilion atau 42.4 peratus untuk pembangunan.
Belanjawan Selangor 2027 berteraskan lima tonggak utama, iaitu:
Ketangkasan Menangani Perubahan Iklim dan Merekayasa Pembangunan Prasarana
Memartabat Kesejahteraan Rakyat
Kecerdasan Buatan dan Ekonomi Negeri Selangor
Memperkasa Pendidikan Sepanjang Hayat, Membina Generasi Progresif
Pemantapan Khidmat Rakyat
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM2.85 bilion pada 2027, dengan premium tanah dijangka menyumbang RM1.112 bilion atau 39 peratus daripada keseluruhan hasil.
Cukai tanah pula diunjurkan menyumbang RM653.82 juta bersamaan 23 peratus, manakala pemberian Persekutuan sebanyak RM292.70 juta atau 10 peratus.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 bertemakan “Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni” di Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Jurufoto Media Selangor turut merakamkan suasana sepanjang pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan orang ramai mengikuti menerusi siaran langsung di televisyen dan telefon bimbit bagi mengetahui pelbagai inisiatif serta peruntukan yang diumumkan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGORDato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan EXCO menuju ke Dewan Negeri Selangor bagi pembentangan Belanjawan Selangor 2027 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGORDato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGORPetugas Dewan Negeri mendengar pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGORAnggota Polis mendengar pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Petugas media mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGORKakitangan PKNS menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Pejabat PKNS, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGORPetugas Media Selangor mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di pejabat MSSB, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGORPetugas KDEB Waste Management (KDEBWM) menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di pejabat KDEBWM, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGORPenunggang p-panggilan mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menerusi telefon bimbit di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGORPenunggang p-panggilan Noor Kashfi Mat Jamil, 41, mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sambil mengambil tempahan makanan di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR