Belasah anggota polis: Dua warga Myanmar dihadapkan ke mahkamah

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belasah anggota polis: Dua warga Myanmar dihadapkan ke mahkamah
Laporan Sinar Harian mengenai anggota polis cedera dibelasah dua warga Myanmar.

RAUB - Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki berumur 26 dan 30 tahun itu tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Zhi Qian dan Hardave Singh Baldeb Singh, yang mencadangkan tiada jaminan ditawarkan kerana kedua-dua warga asing itu tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di Malaysia.

Hakim Siti Hajar Mustaffa kemudian menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan kes bagi membolehkan jurubahasa Myanmar hadir ke mahkamah.

Mahkamah turut tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan.

Sebelum ini, seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 40 tahun dilaporkan cedera parah dipercayai dipukul dua lelaki Myanmar selepas menegur mereka membuat bising di Kampung Pamah Kulat, di sini pada 25 Sept lepas.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob dilaporkan berkata anggota berkenaan bertindak demikian selepas menerima aduan daripada penduduk tentang suspek yang disyaki mabuk memasang pembesar suara dengan kuat di tepi jalan.- Bernama 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved