Selepas beberapa hari menjadi perhatian susulan dakwaan membabitkan hutang berjumlah RM1.4 juta, pempengaruh dan usahawan dikenali sebagai TheLikeyuti akhirnya tampil memberikan kenyataan.
Sebelum ini, seorang usahawan menerusi akaun Threads @datin_lyanaz_official mendakwa seorang pempengaruh terkenal masih belum melunaskan hutang bernilai RM1.4 juta selain mempersoalkan gaya hidup mewah individu terbabit.
AdvertisementDalam hantaran terbaharunya di Threads, TheLikeyuti memaklumkan segala dakwaan yang sedang tersebar mengenai dirinya serta syarikat kini telah diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.
“Dakwaan-dakwaan yang tersebar mengenai saya dan syarikat saya kini sedang diuruskan sepenuhnya oleh peguam saya, dan saya tidak akan memberi sebarang komen lanjut selagi ia diuruskan.”
Dalam masa sama, TheLikeyuti mengakui situasi yang berlaku ketika ini bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi, bukan sahaja olehnya malah turut memberi kesan kepada pasukan serta keluarganya.
Dia turut berterima kasih kepada mereka yang masih memberikan sokongan selain memohon orang ramai bersabar sehingga perkara tersebut dapat diselesaikan dengan sewajarnya.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran, Datin Lyanaz dilihat kembali menyentuh mengenai dakwaan hutang RM1.4 juta tersebut dan menggesa individu yang dimaksudkannya supaya bertanggungjawab.
View this post on Instagram
“Selepas malam ni chubby serkup akan mimpi muka i je. Kita nak ajar biar jadi orang bertanggungjawab. Kalau nak niaga kita dah tlg pun modal so pandang muka org sikit pay back 1.4 mil tu..”
Dia mendakwa tindakannya bersuara bertujuan menuntut semula wang berkenaan selain menegur gaya hidup mewah segelintir individu.
Bagaimanapun, Yuti tidak mengulas lanjut dakwaan hutang RM1.4 juta itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Badan 'Chubby-Chubby' Baik Dengan Influencer" - Usahawan Gesa Pempengaruh Terkenal Bayar RM1.4 Juta, Bermewah Dengan Duit Hutang
The post “Beli Hermes Boleh, Bayar Hutang Liat” – Usahawan Akhirnya Dedah Identiti Pempengaruh Berhutang RM1.4 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






