Usahawan dan selebriti, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu, bersama syarikatnya ADN Properties serta seorang lagi defendan diperintahkan Mahkamah Tinggi membayar RM1.4 juta kepada 17 pembeli tanah dalam kes saman berkaitan urusan penjualan lot tanah di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
Selain jumlah tersebut, mahkamah turut memerintahkan ADN Properties dan Adenan membayar ganti rugi teladan sebanyak RM170,000 kepada kesemua plaintif.
Advertisement
Mahkamah Dapati Berlaku Salah Nyata Dan Penyembunyian Fakta
Dalam penghakimannya, Hakim Siti Fatimah berkata ADN Properties sebelum ini memeterai perjanjian jual beli induk dengan seorang individu dikenali sebagai Hasmy bagi memperoleh tanah bernilai RM1.8 juta.
Bagaimanapun, hak milik tanah itu tidak pernah dipindahkan kepada syarikat berkenaan dan harga belian induk juga didapati belum dijelaskan sepenuhnya.
“Berdasarkan keterangan plaintif, mahkamah mendapati Adenan merupakan pengawal sebenar operasi dalam urus niaga syarikat tersebut. ADN Properties melalui ejen-ejennya dan Adenan menggambarkan bahawa syarikat tersebut merupakan pemilik tanah yang mempunyai hak nyata untuk menjual lot tertentu,” katanya.
Hakim turut memutuskan bahawa plaintif telah menjadi mangsa penipuan menerusi satu siri representasi yang mengelirukan serta penyembunyian fakta material.
@dato..red Maaf kn abg syg..abg tak romantik.. @rhnita ??
“Fakta material yang tidak didedahkan sepenuhnya ialah ADN bukan pemilik berdaftar dan harga belian tanah induk belum diselesaikan. Urusan pusaka dan kelulusan tanah belum sempurna, malah ADN belum berada dalam kedudukan untuk menjamin pindah milik lot tertentu,” katanya.
Gagal Serah Hak Milik Dan Pulangkan Wang Pembeli
Mahkamah turut mendapati ADN Properties melakukan kemungkiran asas apabila menerima bayaran penuh daripada pembeli, namun gagal menyerahkan hak milik lot seperti dijanjikan serta tidak memulangkan semula wang yang diterima.
“Kemungkiran ini menyentuh keseluruhan tujuan kontrak kerana plaintif berhak menamatkan transaksi dan mendapatkan semula harga belian,” katanya.
Menurut hakim, Adenan bukan dipertanggungjawabkan semata-mata kerana jawatannya sebagai pengarah syarikat, sebaliknya kerana beliau didapati memainkan peranan aktif dalam keseluruhan urusan tersebut.
“Representasi bahawa ADN Properties mampu menyampaikan lot adalah dibuat secara melulu. Sama ada representasi itu benar, fraud sivil dan tort dispute telah dibuktikan terhadapnya,” katanya.
Pembeli Dakwa Tanah Tidak Pernah Dipindah Milik
Kesemua 17 plaintif memfailkan saman pada tahun 2019 selepas mendakwa mereka telah menandatangani perjanjian jual beli serta membuat bayaran penuh bagi lot tanah yang dipasarkan.
Menurut mereka, bahan promosi menggambarkan kawasan itu sesuai untuk pembangunan kediaman lengkap dengan kemudahan seperti surau, sekolah dan pusat rekreasi. Mereka juga dimaklumkan bahawa status tanah pertanian boleh ditukar kepada pembangunan dengan bayaran tambahan RM1.50 bagi setiap kaki persegi.
Bagaimanapun, hasil semakan mendapati tanah berkenaan masih didaftarkan atas nama pemilik asal dan tidak pernah dipindahkan kepada ADN Properties.
Plaintif turut mendakwa tindakan defendan bukan sahaja melanggar kontrak, malah membentuk salah nyata, penipuan serta konspirasi yang menyebabkan mereka mengalami kerugian selepas membeli tanah yang tidak dapat dipindah milik seperti dijanjikan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelakon Wanita Didakwa Cuba Buat Tuntutan Palsu Insentif PERKESO, Mengaku Tak Bersalah
The post Datuk Red Diarah Bayar RM1.4 Juta Kepada 17 Pembeli Dalam Kes Penipuan Jual Beli Tanah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






