Produk keluaran pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming sememangnya sering mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia. Terbaharu, beliau akhirnya mengumumkan produk keempat di bawah jenamanya iaitu Sambal Nyet Bilis.

Menerusi perkongsian di media sosial, Khairul Aming berkata sambal baharu itu hadir dengan rasa yang berbeza, lebih ‘kick’ serta menggunakan lebih banyak bahan berbanding produk terdahulu.
“Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan.”
View this post on Instagram
Menariknya, bagi memastikan kualiti produk baharu ini berada pada tahap terbaik, Khairul Aming sanggup turun sendiri ke Laut Setiu, Terengganu untuk mendapatkan ikan bilis segar, selain ke kebun di Banting, Selangor bagi memilih cili yang akan digunakan dalam penghasilan sambal tersebut.
Menurutnya lagi, pelancaran kali ini merupakan yang terbesar pernah dilakukan sejak memulakan perniagaan enam tahun lalu.
“Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni.”
Sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan ditawarkan pada jualan pertama yang dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos ini, menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok Khairul Aming. Harga produk berkenaan bagaimanapun masih belum diumumkan.
Menerusi perkongsiannya juga, Khairul Aming turut menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaannya sepanjang enam tahun lalu.
Sebelum ini, Khairul Aming berjaya mencetuskan fenomena menerusi produk-produk keluarannya seperti Sambal Nyet Berapi yang dilancarkan pada 2021, diikuti Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi pada Ogos 2025.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ini Adalah Kes Terpencil" - Syarikat Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat Dalam Isu 'Data Leak' Khairul Aming
The post Khairul Aming Umum Produk Keempat ‘Sambal Nyet Bilis’, Turun Sendiri Ke Laut Setiu & Kebun Banting Cari Bahan Terbaik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![Khairul Aming Perkenal Produk Sambal Nyet Ke-4, Siap Turun Ke Laut Untuk Belajar Tentang Ikan Bilis [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/Sambal-Bilis-1.jpg?t=1785748104)



