
FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Ada wang, ada gaya, tapi sayang... cukai jalan tak ada!
Sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit untuk memiliki jentera mewah, namun segelintir pemilik kenderaan di Kelantan dikesan culas membayar Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan sejak enam tahun lalu.
Alasan yang diberikan? Sebab ada saman tertunggak!
Helah itu dikesan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengadakan Ops Luxury 2.0 yang digerakkan sejak Januari lalu,
Menurut Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah mendedahkan , ada dalam kalangan pemilik kenderaan mewah tidak memperbaharui LKM sejak 2020 walaupun kenderaan masih digunakan di jalan raya.
“Mereka hanya memperbaharui perlindungan insurans sahaja. Hasil semakan mendapati, jumlah bayaran LKM yang gagal diperbaharui itu melibatkan antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kenderaan," katanya.
Lebih mengejutkan, nilai cukai jalan yang gagal dibayar bagi sebuah kenderaan bukannya murah, iaitu mencecah antara RM2,000 hingga RM6,000 sebulan/setahun mengikut spesifikasi enjin.
Siapakah pemilik-pemilik ini? Hasil siasatan mendapati kebanyakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan penjawat awam.
"Geng Kereta Mewah" Yang Tersadai di Depo JPJJangan terkejut melihat senarai jentera yang kini terpaksa 'bermalam' di stor sitaan JPJ Kelantan. Sebanyak 42 buah kenderaan mewah telah disita, antaranya termasuklah:
Porsche 912 GT3 & Porsche Panamera V6
Jeep Wrangler
Toyota Alphard & Toyota Vellfire
BMW 528i Limousine, Audi TTS & Mercedes-Benz
Bukan setakat isu cukai jalan mati, Ops Luxury 2.0 turut membongkar pelbagai kesalahan 'nakal' lain yang dilakukan oleh pemilik kenderaan mewah ini:
Jenis KesalahanJumlah KesLKM / Cukai Jalan Tamat Tempoh35 kesTiada Perlindungan Insurans31 kesNombor Pendaftaran Perdagangan Palsu1 kesPertukaran Enjin Tanpa Kebenaran1 kesSecara keseluruhan, JPJ Kelantan telah mengambil tindakan tegas terhadap 37 kenderaan mewah bagi menyekat kesalahan berulang, selain mengenal pasti identiti sebenar kenderaan dan pemandunya.
Pengajarannya? Jika mampu membeli kereta berkuasa tinggi, pastikan 'poket' juga mampu untuk melunaskan tanggungjawab di jalan raya!
SUMBER KOSMO
