
Beli Rumah Jangan Main Redah, Ini 4 Langkah Penting Yang Ramai Kena Tahu
Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah dengan hasil titik peluh sendiri. Tambahan pula jika sudah berkeluarga, keinginan untuk menyediakan tempat berteduh yang selesa buat anak-anak menjadi keutamaan sebagai ibu bapa.
Ia juga merupakan salah satu keputusan yang paling penting perlu dilakukan dalam kehidupan setiap orang.
Disebabkan itu, kita perlu tahu segala manfaat dan risiko sebelum membeli sesebuah rumah idaman.
Jika tidak 'mengkaji' dengan teliti sebelum membeli rumah, pelbagai perkara yang tidak dijangka mungkin akan berlaku kelak. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

4 langkah wajib buat sebelum beli rumah
Justeru, SK kali ini akan berkongsi dengan anda empat langkah bijak membeli rumah untuk lindungi hak anda sebagai pembeli.
Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setiap bakal pembeli disarankan agar memahami proses pembelian rumah dengan teliti bagi memastikan urusan berjalan lancar serta hak pembeli sentiasa terpelihara.
Berikut langkah yang wajib anda lakukan:
Langkah pertama
Anda perlu melakukan persediaan pada peringkat pra pembelian. Antara aspek yang perlu diteliti adalah nilai kemampuan kewangan, semak kelayakan pinjaman, pilih lokasi dan jenis rumah yang bersesuaian, semak status pemaju melalui portal TEDUH dan melantik peguam bagi membantu urusan pembelian.
Langkah kedua
Sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli (PJB), pastikan maklumat projek telah disahkan, pinjaman perumahan diluluskan dan setiap syarat dalam PJB diteliti dengan sebaiknya sebelum menurunkan tandatangan.
Langkah ketiga
Selepas Perjanjian Jual Beli (PJB) dimeterai, buat bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah, pantau kemajuan pembinaan projek dan pastikan setiap bayaran kepada pemaju serta institusi kewangan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
Baca juga:
“Jangan Gaduh Beli Rumah Dimana, Beli Rumah Yang Dekat Tempat Isteri Bekerja”
Dah Sedia Ke Nak Beli Rumah? Ini Tanda Anda Dah Layak Dan Berkemampuan Beli Rumah Sendiri
‘Tok Ayah’ Hadiahkan Kitab Tauhid Kepada Steven Sim
Langkah keempat
Sebelum menerima pemilikan rumah, pastikan anda menerima Certificate of Completion and Compliance (CCC), kunci serta hak milik.
Anda juga perlu periksa keadaan rumah bagi memastikan tiada kecacatan.
Jika ada sebarang masalah, anda oleh tuntut Liquidated Ascertained Damages (LAD) dan membuat aduan Defect Liability Period (DLP) atau ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TPPR) jika perlu.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua, fikir dan kaji dahulu sebaik-baiknya sebelum memutuskan untuk membeli rumah idaman.





