Bell Ngasri minta Fattah Amin nyanyi ‘live’ tanpa mikrofon -“Kalau tak sedap orang tak marah..”

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Bell Ngasri minta Fattah Amin nyanyi secara langsung di aplikasi TikTok selepas diminta oleh penonton yang mengikuti sesi ‘live’ sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi sesi siaran langsung itu, kedua-dua pelakon berkenaan dilihat sedang mempromosikan satu jenama produk.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat dan telatah spontan telah membangkitkan suasana.

image is not available

Bell Ngasri minta Fattah Amin nyanyi

Semasa bersiaran langsung, ada dalam kalangan penonton meminta Fattah untuk menyanyi secara live di TikTok.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri kemudiannya bergurau dan meminta Fattah menyanyi tanpa menggunakan mikrofon bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kecaman netizen sekiranya suara tidak merdu.

“Ramai suruh kau nyanyi ni. Nyanyi terus je, jangan pakai mikrofon. Kalau pakai mikrofon, nyanyi teruk tak guna.
“Kalau tak pakai mikrofon, kalau tak sedap orang tak marah. InsyaAllah orang akan terima,”seloroh Bell Ngasri.

@anistaqwa

Replying to @Ilus1_hati haha Bell ni macam-macam yer #bellngasri #fattahamin

♬ original sound - Anistaqwa - Anistaqwa

image is not available

image is not available

Macam perli seseorang je..

Meskipun Bell tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi netizen seolah mengerti pelakon itu memerli bekas isteri Fattah Amin iaitu Fazura.

Mana tidaknya, sejak semalam, suara Fazura dikritik sumbang ketika mendendangkan lagu Bertahan Demi Cinta secara live di Indonesia, baru-baru ini.

Netizen juga berpendapat Fattah seakan pandai mengawal diri dan hanya memberi reaksi bersahaja dengan gurauan tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok anistaqwa