“Kalau nyanyi tak sedap pun orang terima” – Bell Ngasri Bagi ‘Tips’ Nyanyian Dekat Fattah Amin?

Entertainment
6 Nov 2024 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, pelakon terkenal Fattah Amin dilihat sering mengadakan sesi live di TikTok miliknya serta TikTok perniagaan lain.

Terbaru, sebuah jenama produk kesihatan iaitu Rissa Skin menggandingkan Fattah Amin dengan penerima Anugerah Bintang Popular ke-35 iaitu Bell Ngasri dalam satu sesi live untuk mempromosikan produk mereka.

Pun begitu, ketika sesi itu berlangsung, ada peminat yang meminta Fattah untuk menyanyi namun Bell mengeluarkan satu kenyataan yang menarik perhatian ramai.

“Ramai suruh kau nyanyi ni. Nyanyi terus je, jangan pakai mikrofon. Kalau pakai mikrofon, nyanyi teruk tak guna.

Kalau tak pakai mikrofon, kalau tak sedap orang tak marah. InsyaAllah orang akan terima,” katanya.

Meskipun pelakon 16 Puasa itu tidak menyebut mana-mana individu berkenaan cara nyanyian sebegitu namun ramai yang seakan faham dengan ayat memerlinya itu.

Namun, dalam aksi spontan itu, Fattah dilihat kekal tenang serta tidak ‘menambah’ gurauan yang dilakukan oleh Bell Ngasri itu.

Siapa yang diperli tu ye?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.