Wajah ‘Duda Terhangat’ Disunting Jadi Watak AI Sedang Sampaikan Ceramah Agama – “Muka Fattah Amin, Suara Azhar Idrus”

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 9:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila ada pihak menggunakan wajah pelakon Fattah Amin yang disunting menggunakan teknologi Artificial Intelligent (AI) dalam sebuah video di TikTok.

Dalam video tersebut, wajah Fattah Amin diberi watak ‘pendakwah’ dan dilihat sedang memberikan ceramah agama.

‘Ustaz Fattah Amin’ juga menggunakan suara pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus dalam video tersebut yang membawa topik kepentingan solat.

Orang yang tidak solat, tidak kiralah awak raja, sultan, timbalan, exco, Perdana Menteri, kaya atau miskin..semua akan duduk dalam neraka.

Masuk api ikut dubur, putus habis tali perut dan kemudian keluar dekat mulut. Semua akan berpekik pagi petang, ‘sakit!’.

Menjengah ke ruangan, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan teknologi AI itu yang membuatkan Fattah Amin benar-benar memberikan ceramah agama meskipun hanyalah palsu semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Tiada Penyesalan.." - Fazura Buat Kemunculan Pertama Kali Di Indonesia, Kongsi Isi Hati Mengenai Perceraian