Bella Astillah Sebak Lihat Kegigihan Syed Saddiq Tamatkan Ironman Malaysia - “Dia Tiada Masa Sangat Nak…”

23 Nov 2026 • 7:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Bella Astillah Sebak Lihat Kegigihan Syed Saddiq Tamatkan Ironman Malaysia - “Dia Tiada Masa Sangat Nak…”

Penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa sebak selepas melihat perjuangan suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam menamatkan cabaran Ironman Malaysia.Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata Syed Saddiq banyak melalui pelbagai perkara sejak kebelakangan ini sehingga sukar untuk menerima latihan yang sewajarnya. “Saya masih beremosi melihat suami saya tamatkan di garisan akhir Ironman. Syukur Alhamdulillah.“Hidup sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak pelbagai perkara yang sedang berlaku dan tiada masa sangat nak buat latihan yang sepatutnya. Jadi, dapat lihat dia tamatkan Ironman pun dah sebak sangat. Saya tahu ia tidak mudah dan saya sangat bangga dengan awak sayang. Awak berjaya,”tulisnya.Dalam masa sama, Bella turut berkata aktiviti hujung minggunya penuh dengan momen membanggakan bersama keluarganya."Alhamdulillah, hujung minggu saya penuh dengan momen yang membanggakan (Ironkids dengan si kecil dan Ironman dengan suami saya. Saya sangat bangga dengan keluarga kecil saya,”ujarnya.Sekadar info, Syed Saddiq menamatkan sukan Ironman Malaysia dengan catatan masa selama 12 jam 48 minit dan 38 saat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved