Syed Saddiq Tamatkan Cabaran IRONMAN Malaysia, Lain Yang Diperhatikan Netizen - “Suka Tengok Mak SS Biarkan…”

22 Nov 2026 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Syed Saddiq Tamatkan Cabaran IRONMAN Malaysia, Lain Yang Diperhatikan Netizen - “Suka Tengok Mak SS Biarkan…”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyorot perhatian apabila berjaya menamatkan cabaran IRONMAN Malaysia dengan catatan masa selama 12 jam 48 minit dan 38 saat.Momen membanggakan itu kemudiannya tular dan menjadi perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan kehebatan suami kepada selebriti, Bella Astillah itu.Terbaharu, tular satu video memaparkan Syed Saddiq yang berlari mendapatkan Bella sebelum mencium pipi isterinya itu usai menamatkan cabaran.Walau bagaimanapun, lain pula diperhatikan seorang netizen yang tampil memuji tindakan ibu kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.Menurut individu tersebut, tindkaan Sharifah yang dilihat memberi ruang kepada Bella untuk memberi sokongan kepada anaknya terlebih dahulu merupakan satu tindakan yang sangat bagus malah wajar dipuji dan dicontohi“Aku suka tengok mak SS (Syed Saddiq) biarkan Bella pergi dulu kat SS.“Sebelum kahwin Bella pun biar mak SS yg pergi kat SS dulu,” komen netizen tersebut.Sumber: Instagram

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved