Tamatkan Cabaran Ironman 70.3 Langkawi Di Usia 60 Tahun, Pak Cik Ariffin Raih Pujian

23 Nov 2026 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tamatkan Cabaran Ironman 70.3 Langkawi Di Usia 60 Tahun, Pak Cik Ariffin Raih Pujian

Seorang warga emas dikenali sebagai Pak Cik Ariffin menyorot perhatian apabila berjaya menamatkan cabaran Ironman 70.3 Langkawi pada usia 60 tahun.Menerusi video yang dimuat naik @arenamalaysia.asia di Threads, dapat dilihat Pak Cik Ariffin atau nama sebenarnya Ariffin Abdul Manan berjaya menamatkan cabaran tersebut dalam tempoh tujuh jam 19 minit 57 saat.Sepanjang tujuh jam 19 minit itu, Pak Cik Ariffin telah berjaya menyelesaikan ketiga-tiga disiplin dalam pertandingan berkenaan iaitu berenang, berbasikal dan berlari.Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah terhadap Pak Cik Ariffin.Malah, mereka juga memuji pemakaian Pak Cik Ariffin yang dilihat bertepatan dengan prinsip syariah.“Tak ada baju mahal, tak ada jam mahal, tak ada kasut mahal tapi padu.“Contohi pakcik ini. Tak perlu ketat sana sini, tak podium tapi maintain padu dengan umur dia tu.“Pak cik Ariffin ni telah set satu benchmark yang tinggi kepada yg lain. Di kala org kata umur 50-60an ni patut ulang alik masjid, tapi pak cik telah buktikan agama dan sukan tu boleh jalan seiring. Kami bangga dengan pak cik,” antara komen netizen.Sebelum ini, namanya turut menjadi perhatian selepas berjaya menamatkan larian sejauh 30 kilometer (km) tanpa memakai kasut menerusi acara Malaysia Taman Negara Ultra (MTNU).Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved