Bella Astillah ‘Throwback’ Video Syed Saddiq Jumpa Anak-Anak, Luah Hasrat Untuk Kahwin

LocalEntertainment
8 Jul 2026 • 2:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi semula sebuah video memaparkan momen manis antara anak-anaknya bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Bella menjelaskan video tersebut sebenarnya dirakam pada November 2025 ketika Syed Saddiq meluahkan hasrat untuk masuk meminang.

Bella imbas momen manis bersama anak-anak

View this post on Instagram

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Ahli Parlimen itu turut meminta kebenaran anak-anak jika mereka bersetuju. Katanya, pertunangan akan dibuat pada Februari dan perkahwinan sebelum hujung tahun 2026.

Kelihatan Ayden dan Ara sangat gembira dengan berita itu. Malah, Syed Saddiq berjanji kepada anak-anak untuk menjaga ibu mereka dengan baik.

Menurut Bella, walaupun video itu hanya berdurasi beberapa minit, setiap saat dalam rakaman tersebut menyimpan kenangan yang akan sentiasa dihargainya.

Dalam perkongsian sama, Bella turut meluahkan rasa syukur kerana bulan Julai sangat bermakna buat dirinya di mana dia meraikan ulang tahun kelahiran Ayden dan Ara.

Sambut hari lahir Ayden dan Ara

bella astillah

Sebagai seorang ibu, Bella berkata perjalanan melihat kedua-dua anaknya membesar merupakan antara pengalaman paling indah dalam hidupnya.

Bella turut menitipkan doa agar anak-anaknya membesar dengan kasih sayang, kebaikan dan kebahagiaan di sekeliling mereka.

Apa yang turut menjadi perhatian, Bella menulis ucapan penghargaan buat Syed Saddiq kerana hadir dalam hidup anak-anaknya dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang.

Pssttt! Apa pun, semoga segala yang baik-baik dipermudahkan buat Bella, Ayden, Ara dan Syed Saddiq. Bila melibatkan keluarga dan anak-anak, yang paling penting adalah kasih sayang, keikhlasan dan kebahagiaan mereka yang sedang membesar.

Kredit: Instagram Bella Astillah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Bella Astillah ‘Throwback’ Video Syed Saddiq Jumpa Anak-Anak, Luah Hasrat Untuk Kahwin appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved