“Tabung Masih Belum Cukup Lagi” – Asyraf Wajdi Nafi Najib Razak Bakal Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menafikan laporan yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menjelaskan bayaran denda sebanyak RM50 juta hari ini (4 November).

Tabung solidariti Najib Razak

Menurut Asyraf Wajdi, kutipan dana menerusi Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan UMNO sejak 18 September lalu masih belum mencapai jumlah yang disasarkan.

Advertisement

Masih belum cukup lagi. Jadi tak betul (khabar angin) itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kutipan yang berjaya dikumpulkan menerusi tabung berkenaan setakat ini.

Asyraf Wajdi

Najib kena bayar RM50 juta untuk tahanan penjara di rumah

Dalam perkembangan sama, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut memaklumkan bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan berhubung pembayaran denda RM50 juta tersebut.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan persoalan terhadap laporan awal yang mendakwa wakil Najib akan membuat pembayaran di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini.

Untuk rekod, Najib sebelum ini diberikan pengampunan bersyarat pada 18 September lalu bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib Razak di mahkamah

Bagaimanapun, kelulusan tersebut tertakluk kepada beberapa syarat termasuk menjelaskan denda RM50 juta.

Najib perlu terus menjalani hukuman di penjara selagi syarat pembayaran denda berkenaan belum dipenuhi.

jh2026-11-04 11:30:56

Najib Dijangka Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini, Bakal Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah

The post “Tabung Masih Belum Cukup Lagi” – Asyraf Wajdi Nafi Najib Razak Bakal Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved