Spekulasi Najib dijangka bayar denda RM50 juta, Asyraf Wajdi tampil beri penjelasan

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 4:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Spekulasi Najib dijangka bayar denda RM50 juta, Asyraf Wajdi tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Desas-desus bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia membayar denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah adalah tidak benar.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika dihubungi hari ini.

“Tidak benar,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Najib dijangka membayar denda RM50 juta dikenakan terhadapnya bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Memetik sumber, denda itu akan dibayar oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada 18 September lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib, 73, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat ke-61 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan itu menyaksikan tarikh pembebasan Najib dipercepatkan kepada 23 Ogos 2028 berbanding 23 Ogos 2034.

Bagaimanapun, jika gagal membayar denda RM50 juta ditetapkan, beliau perlu menjalani tambahan setahun penjara.

The post Spekulasi Najib dijangka bayar denda RM50 juta, Asyraf Wajdi tampil beri penjelasan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved