Pelakon Ben Amir berkongsi detik cemas apabila kediamannya di Pulau Siargao, Filipina hampir terjejas akibat kebakaran hutan yang berlaku berhampiran rumahnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben berkata kejadian berlaku ketika dia sedang berehat di rumah sebelum terhidu bau asap yang sangat kuat.
AdvertisementView this post on Instagram
“Kebakaran hutan yang hampir membakar rumah kami. Tadi aku tengah rest kat rumah bila tiba-tiba bau asap kuat gila.”
Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku di kawasan tanah berhampiran kediamannya sebelum angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas.
“Ia adalah kebakaran hutan yang terbakar dekat tanah sebelah rumah aku, dan kerana angin sangat kuat, api mula merebak dengan cepat.”
Keadaan ketika itu turut menyebabkan seluruh kawasan dipenuhi asap, sekali gus membuatkan Ben dan mereka yang berada di kediaman berkenaan berdepan detik mencemaskan.
View this post on Instagram
“Seluruh kawasan tiba-tiba dipenuhi asap, dan sejujurnya, ia sangat menakutkan.”
Bagaimanapun, Ben bersyukur kerana keadaan akhirnya berjaya dikawal dan rumahnya tidak mengalami kerosakan.
“Syukurlah, kami selamat dan rumah kami masih baik. Tetapi semuanya benar-benar menggemparkan kami.”
Dia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil membantu, termasuk mereka yang memeriksa keadaan jiran serta berusaha mengawal kebakaran.
Ben berkata kejadian tersebut boleh berakhir dengan keadaan yang jauh lebih buruk, justeru mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Sebelum Buka Mulut, Fikir Dulu” – Nabila Razali Balas Individu Label Lagunya ‘Rubbish Song’
The post Ben Amir Cemas Rumah Hampir Terbakar, Api Hutan Merebak Dengan Cepat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






![[VIDEO] Jerebu, Indonesia terbukti negara dunia ke-3 sebenar – KJ](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-05-at-14.51.17-1024x768.jpeg)