Kebun hangus dijilat api, Ben Amir syukur tiada kemalangan jiwa

LocalEntertainment
14 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kebun hangus dijilat api, Ben Amir syukur tiada kemalangan jiwa

PETALING JAYA: Pelakon, Ben Amir berdepan detik cemas apabila kebun yang diusahakannya hangus dijilat api sehingga hampir memusnahkan kediamannya, semalam.

Menurut Ben, tiupan angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas sehingga kawasan di sekeliling kebunnya dipenuhi asap.

“Tadi saya sedang berehat di rumah apabila tiba-tiba terhidu bau asap yang sangat kuat. Rupanya berlaku kebakaran di tanah bersebelahan rumah saya.

“Disebabkan angin bertiup sangat kencang, api mula merebak dengan begitu pantas. Seluruh kawasan tiba-tiba dipenuhi asap dan sejujurnya, keadaan ketika itu memang sangat menakutkan,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, Ben meluahkan rasa syukur apabila dia dan individu lain yang berada di kediaman tersebut terselamat, selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan.

“Syukur, kami semua selamat dan rumah kami juga masih dalam keadaan baik. Namun, kejadian itu benar-benar mengejutkan kami.

“Saya sangat menghormati dan berterima kasih kepada semua yang tampil membantu, memeriksa keadaan jiran-jiran serta berusaha mengawal kebakaran tersebut. Kejadian ini sebenarnya boleh berakhir dengan keadaan yang jauh lebih buruk,” ujarnya.

Ben turut mengakui insiden berkenaan membuatkannya lebih menghargai keselamatan diri dan keluarga selepas menyaksikan sendiri betapa pantas keadaan boleh berubah.

“Saya sangat bersyukur kerana kami semua selamat, rumah kami masih berdiri dan kami masih diberi peluang untuk bangun pada hari esok. Semoga semua sentiasa berhati-hati dan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.

The post Kebun hangus dijilat api, Ben Amir syukur tiada kemalangan jiwa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved