Bengkel Internet Selamat bantu warga emas elak jadi mangsa penipuan dalam talian

LocalTechnology
26 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bengkel Internet Selamat bantu warga emas elak jadi mangsa penipuan dalam talian

SHAH ALAM, 26 OKT: Bengkel Internet Selamat Warga Platinum membantu meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga emas mengenai keselamatan penggunaan teknologi dan risiko penipuan dalam talian.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara Izuan Kasim berkata bengkel berkenaan diadakan bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika melayari Internet.

Menurutnya, perkongsian maklumat menerusi program itu dapat membantu komuniti khususnya warga emas menggunakan Internet dengan lebih selamat.

“Maklumat yang dikongsi menerusi program dapat membantu komuniti khususnya warga emas menggunakan Internet dengan lebih selamat serta mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan rendah (B40) antara yang paling terdedah kepada isu penipuan dalam talian atau scam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Izuan berkata program berkenaan perlu diteruskan dan diperbanyakkan di kawasan komuniti lain bagi memastikan lebih ramai warga emas mendapat manfaat.

Beliau berharap ilmu yang disampaikan dapat dikongsi dengan masyarakat sekeliling, khususnya ahli keluarga, bagi membentuk komuniti yang lebih selamat.

"Usaha ini penting bagi melindungi golongan berisiko daripada menjadi mangsa aktiviti penipuan dalam talian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved