Berang dibaling ais, pelajar Tingkatan 1 kejar rakan dengan pisau pemotong kertas

LocalFamily & Parenting
10 Jul 2026 • 11:15 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pelajar Tingkatan 1 dipercayai mangsa buli kejar rakan dengan pisau pemotong kertas di sekolah Alor Gajah

Seorang pelajar Tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di Alor Gajah bertindak mengejar tiga rakannya sambil memegang pisau pemotong kertas selepas dipercayai menjadi mangsa buli.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang Khamis ketika program sedang berlangsung di dewan terbuka sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas suspek berusia 13 tahun berang apabila beberapa kali dibaling ais oleh dua pelajar lain.

Menurutnya, dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun dipercayai membaling ais berulang kali ke arah suspek sebelum pelajar terbabit mengeluarkan pisau pemotong kertas dari bekas pensilnya dan mengejar salah seorang mangsa sejauh kira-kira 50 meter sehingga ke kawasan surau sekolah.

Baca juga:

Beliau berkata, dua lagi pelajar yang berada bersama mangsa turut melarikan diri kerana bimbang dicederakan, namun keadaan berjaya dikawal selepas seorang guru memujuk suspek melepaskan pisau berkenaan. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Ahmad berkata, keluarga suspek telah dipanggil ke sekolah untuk membawa pelajar terbabit pulang. Suspek turut menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Melaka, dengan sesi rawatan terakhir direkodkan pada 3 Jun lalu.

“Siasatan mendapati semua pelajar terlibat mempunyai rekod salah laku disiplin sejak awal tahun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

The post Berang dibaling ais, pelajar Tingkatan 1 kejar rakan dengan pisau pemotong kertas appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved