Berarak Dari LRT Dang Wangi, 100 Keluang Man Edar Wonda Kopi Kepada Peserta Keretapi Sarong 2024

15 Sep 2024 • 3:41 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Meskipun sudah melabuhkan tirai untuk edisi ke-8, kemeriahan acara Keretapi Sarong 2024 masih lagi terasa. 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang acara berlangsung antaranya joget lambak, cabutan bertuah, persembahan artis dan banyak lagi. 

100 peserta terlibat 

Namun lebih menarik perhatian, apabila ada 100 orang peserta berpakaian seperti superhero ikonik Malaysia, Keluang Man pada acara tersebut. 

Mereka telah memulakan perarakan meraka dari LRT Dang Wangi sehingga ke lokasi akhir Keretapi Sarong iaitu di Lanai, Matic Kuala Lumpur.

Bukan sahaja hadir ke Keratapi Sarong, mereka juga turut mengedarkan 3,600 tin Wonda Kopi edisi Kluang buat peserta yang ada di acara tersebut secara percuma.

Pengedaran kopi edisi khas ini untuk memberi peluang kepada peserta yang hadir rasa kopi tempatan yang memberikan kesan kuat dengan setiap tegukan.

Bagi anda yang tidak berkesempatan, anda juga boleh dapatkan Wonda Kopi edisi Kluang di kedai-kedai utama di seluruh negara.

 

Filem aksi superhero ikonik yang paling dinantikan di Malaysia, Keluang Man  terbitan Astro Shaw, secara rasmi memulakan penggambaran pada 4 Mei 2024 dan baru sahaja menamatkan penggambaran utama. 

Penggambaran berlangsung di sekitar Lembah Klang dan di Kluang, Johor, sebuah lokasi yang erat kaitannya dengan animasi Keluang Man.

Filem terbitan Astro Shaw ini diarahkan oleh Anwari Ashraf. 

Keluang Man menampilkan barisan pelakon terkenal termasuk Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin, dan ramai lagi.