Dendam lama punca lelaki ditetak sekumpulan individu

2 Jul 2022 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PETALING JAYA - Dendam lama menjadi punca seorang lelaki ditetak hingga cedera parah oleh sekumpulan individu dalam kejadian di kawasan Sungai Way di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu telah diberkas pada Sabtu.

Katanya, tiga suspek lelaki berumur lingkungan 21 hingga 37 tahun itu diberkas antara jam 12.30 tengah malam dan 2 pagi di sekitar kawasan Sungai Way dan pekarangan sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

"Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat dendam lama dan kesemua suspek direman empat hari," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Menurut Mohamad Fakhrudin, semakan rekod turut mendapati tiga suspek itu mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau.

Pada Jumaat, seorang lelaki cedera parah akibat ditetak sekumpulan individu dalam kejadian kira-kira jam jam 9 malam di kawasan Sungai Way.

Isteri mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved