Bergaduh angkara cemburu, tiga wanita antara enam ditahan di Lahad Datu

26 Oct 2026 • 2:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bergaduh angkara cemburu, tiga wanita antara enam ditahan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Tiga wanita antara enam individu yang ditahan polis susulan pergaduhan di sebuah restoran di kawasan bandar di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Polis Dzulbaharin Ismail berkata semua suspek berusia antara 19 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Mereka ditahan kira-kira jam 8 malam selepas polis menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu membabitkan seorang pekerja lelaki dan rakan sekerja wanitanya di premis berkenaan.

Keadaan dipercayai menjadi semakin tegang apabila teman lelaki pekerja wanita itu dan beberapa individu lain turut terlibat dalam pertikaian berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti peranan setiap individu yang terlibat dalam kejadian itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada Sabtu, sebuah video memaparkan pergaduhan antara beberapa individu di restoran berkenaan tular di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved