Bergayut pada tali untuk mandi, lelaki lemas dihanyutkan arus Jeram Leleh

14 Sep 2026 • 12:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bergayut pada tali untuk mandi, lelaki lemas dihanyutkan arus Jeram Leleh

ROMPIN – Seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan air ketika mandi di Jeram Leleh Bukit Ibam di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Mayat mangsa Muhammad Azreen Othman, 25, ditemukan pasukan penyelam bomba kira-kira enam meter daripada lokasi kejadian pada kedalaman 12 meter.

Difahamkan mangsa yang dikatakan tidak pandai berenang hanya bergantung kepada tali yang diikat pada pokok melintangi jeram berkenaan untuk mandi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bersama lapan rakannya datang ke jeram berkenaan untuk berkelah pada pukul 2 petang semalam.

Katanya pada pukul 2.30 petang mangsa bersama rakan-rakannya telah turun ke dalam air untuk mandi sebelum rakan-rakan mangsa naik ke daratan untuk makan pada pukul 3.30 petang.

“Selepas makan, rakan-rakan mangsa turun semula untuk mandi berhampiran mangsa dan kira-kira pukul 4.30 petang semasa mangsa sedang mandi bergayut pada tali yang diikat melintasi anak sungai, mangsa telah terlepas daripada memegang tali dan terus dibawa arus menuju ke jeram.

“Rakan mangsa sempat mencapai hujung tangan kanan mangsa tetapi terlepas kerana arus dasar dan dasar yang licin,”katanya di sini hari ini.

Menurut Sharif Shai operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula semalam sebelum diteruskan hari ini dan mangsa ditemukan pada pukul 8.50 pagi.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk bedah siasat.- KOSMO! ONLINE

The post Bergayut pada tali untuk mandi, lelaki lemas dihanyutkan arus Jeram Leleh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved