Jasad Khairul Amir jatuh bot dijumpai di Pulau Batu Layang

13 Sep 2026 • 11:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jasad Khairul Amir jatuh bot dijumpai di Pulau Batu Layang

KUALA PERLIS – Mayat seorang nelayan yang terjatuh bot ketika menangkap udang ditemukan kira-kira 400 meter dari Pulau Batu Layang di perairan ini pagi ini.

Mayat mangsa, Khairul Amir Bahroom, 33, dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, Maritim Malaysia (APMM) melalui Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa selepas Pangkalan Hadapan Carilamat diaktifkan semula pada pukul 8 pagi tadi.

Katanya, operasi turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam dengan menggunakan lima buah bot.

“Pada pukul 8.25 pagi, pihak operasi menerima maklumat daripada nelayan berhubung penemuan mayat kira-kira 400 meter dari Pulau Batu Layang. Susulan itu, aset digerakkan ke lokasi untuk tindakan pengesanan dan mengambil mayat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bot Benteng 1207 tiba di lokasi pada pukul 9.08 pagi sebelum membawa mayat Khairul Amir ke Jeti Kastam Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pihak polis.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika menangkap udang berhampiran Pulau Batu Layang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Khairul Amir dikatakan terjatuh ke laut ketika bersama abangnya berusia 39 tahun yang juga seorang nelayan.-KOSMO! ONLINE

The post Jasad Khairul Amir jatuh bot dijumpai di Pulau Batu Layang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved