Bergson, Tapp suntik kekuatan Harimau Malaya

LocalFootball
15 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bergson, Tapp suntik kekuatan Harimau Malaya

PETALING JAYA: Kehadiran Bergson Da Silva dan Brad Tapp dijangka mampu memperkuatkan jentera Harimau Malaya menjelang saingan antarabangsa yang semakin mencabar khususnya pada Piala ASEAN FIFA 2026 pada bulan ini.

Bergson, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan nama asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila memiliki rekod jaringan yang mengagumkan selain pengalaman luas beraksi di peringkat kelab dan pentas Asia.

Kehadiran penyerang kelahiran Brazil itu memberi lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan, terutama dalam aspek penyudah dan keupayaannya mengeksploitasi ruang di dalam kotak penalti.

Sementara itu, Tapp menawarkan profil berbeza apabila pemain berkenaan mampu beraksi di beberapa posisi, termasuk sebagai pemain tengah bertahan dan keupayaan fizikalnya dijangka menjadi aset penting bagi membantu memperkukuhkan benteng skuad kebangsaan.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan kehadiran Bergson sebagai perkembangan positif buat pasukan, sambil mengakui ketajaman penyudah penyerang JDT itu mampu menjadi senjata penting.

“Kehadiran Bergson akan menyelesaikan masalah di bahagian serangan manakala Tapp pula saya jangka boleh memberi kestabilan dari segi pertahanan kerana dia mempunyai kekuatan fizikal yang baik.

“Saya harap Bergson dapat meneruskan keserasian mantap bersama Arif Aiman Hanapi dalam skuad kebangsaan. Kita harap keserasian itu sama seperti ketika mereka mewakili JDT sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas persiapan menghadapi Piala ASEAN FIFA 2026 di Jakarta, Indonesia, Cheng Hoe mengakui tempoh persiapan skuad negara agak singkat, namun beliau tidak melihat faktor berkenaan sebagai masalah besar dari aspek kecergasan memandangkan sebahagian besar pemain masih aktif beraksi dalam saingan liga. – UTUSAN

The post Bergson, Tapp suntik kekuatan Harimau Malaya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved